Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
Unidentified TarantulaMorph?Cephalotus FollicularisDionaea

Viewing Archive for March, 2008

Belajar Untuk Apa?

Adik ke- 3 saya, Abdul Baari, baru sahaja mendapat keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan keputusan yang agak membanggakan (jayyid jiddan). Alhamdulillah dan tahniah kepada beliau yang kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah insyallah. Kebetulan, pelajar- pelajar Sijil Pelajaran Malaysia juga mendapat keputusan peperiksaan dan mungkin sekarang sedang memilih institusi pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Antara perkara yang berbangkit dalam melanjutkan pelajaran ini selalunya:

  • IPTA vs. IPTS
  • Jurusan apa yang baik?

IPTA vs. IPTS

Nak belajar di IPTA atau IPTS? Terletak pada diri si pelajar itu sendiri, dia yang nak belajar. Tentukanlah sendiri, apa tujuan belajar? Untuk kerja? Hasilnya dah graduate nanti dapat la kerja. Nak cari awek untuk buat bini? Hasilnya tak habis belajar habis belajar nanti dapat la bini. Demi ilmu kerana Allah Taala? Alhamdulillah…dengan minat yang mendalam dan hati yang ikhlas kerana- Nya. Confirm! 4 flat setiap semester :)Lecturer di IPTA lebih berpengalaman dan berpengetahuan”, ye ke? Dulu saya pun ingat macam itu, tapi bila dah “rasa” sendiri baru tahu “pengalaman” dan “pengetahuan” yang mendalam itu. Semua terletak pada diri kita sendiri, lecturer tak nak mengajar? Kita masih kena ambil exam, untuk pastikan kita dapat A+ nak tak nak, belajarlah sendiri. Lecturer dapat juga gaji mereka, cuma tak tahu la halal atau haram hukumnya gaji yang dia dapat. Facilities, kalau nak IPTS yang complete facilities, yuran IPTS itu pun selalunya complete. :P Competition, semua pelajar bersaing antara satu sama lain tak kira samada pelajar IPTA atau IPTS the best man wins. So, make sure you are the best man who will win the competition!

Nak ambil jurusan/course apa ye?

Utamakan apa yang anda minat kerana anda lah pelajar yang akan mengulangkaji, menyelesaikan assingment, dimarahi lecturer etc. Jangan nanti salahkan orang lain sebab kita “terambil” jurusan tersebut. Tapi janganlah jadi “bodoh sombong” sampai mengabaikan nasihat orang yang lebih berpengalaman dari kita (ibubapa, guru, saudara mara). Jangan fikirkan tentang duit, jangan belajar untuk bekerja, jangan fikir tentang berbaloi atau tidak course itu dan ini, setiap sesuatu itu ada nilainya yang tidak boleh di cari pada yang lain, belajarlah untuk pengalaman dan enjoy the process. Apa yang saya pegang, belajar apa yang kita minat, kerana minat kita adalah cash cow yang memberi $$$ kepada kita. Belajar la selagi masih bernyawa :)

p/s: Anda pelajar?Bekas pelajar?Sudilah berkongsi pendapat anda?thanx! :)

Tags: , , ,

D.U.I.T

Kenapa saya suka bercakap hal- hal berkenaan duit? Duit…duit..duit..dah tak ada benda lain ke?Bukan tak boleh hidup kalau tak ada duit. Kenapa kita mengelak untuk bercakap hal- hal berkenaan duit sedangkan hari- hari kita perlukan/gunakan/kejar duit? Hari- hari kita merungut tak cukup duit, ayat- ayat “Kalau lah aku ada duit banyak...(sila sambung ayat ini)” selalu menitir dibibir (cheewahh..). Berapa ramai ibubapa yang tak mampu memberikan pendidikan yang “sempurna” hanya kerana tidak ada duit? Situasi yang lebih buruk, boleh anda beritahu siapakah majoriti yang menduduki kawasan bandar dan pinggir bandar. Terutama sekali pusat besar seperti Damansara, Shah Alam, USJ, Ipoh, dan ibu negara Malaysia tercinta Kuala Lumpur. Apakah kesannya dimasa hadapan? Mahukah anda negara kita menjadi seperti Singapura? Hidup menumpang di bumi sendiri? Bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini? D.U.I.T yang memainkan peranan. Dengan kata lain, untuk menjadi kaya adalah satu jihad bagi semua umat Islam. Kejarlah kekayaan dengan niat yang ikhlas demi Allah. Kejarlah rezeki yang barakah.

Tags: ,

Don’t Judge Book By Its Cover

Betul ke? Jangan judge apa-apa sahaja berdasarkan luarannya? Ya, memang betul jangan lihat sesuatu itu berdasarkan sifat luarannya sahaja. Tapi berapa ramai daripada kita yang mampu melihat semua secara “mendalam”? Kalau kita pergi tanya pada remaja-remaja punk, skinhead, atau mereka yang seangkatan tentang cara pemakaian mereka jawapan sebegini pasti di terima “Janganlah nak nilaikan kami berdasarkan luaran kami! Kenal kami, baru tahu siapa kami”.

Memang lumrah manusia untuk menilai sesuatu berdasarkan luaran. Its give us first impression, menjadi kebiasaan kita untuk mengenali orang lain berdasarkan luaran (pakaian, bau, cara berjalan). Jika seorang CEO di sebuah public listed company berpakaian selekeh seperti pengemis, sudah tentulah kepercayaan kita untuk melabur di company itu terbantut. “Boleh percaya ke dia ni?” mesti terlintas di kepala kita yang waras kan?kan?

Begitulah pentingnya imej diri dan begitu pentingnya juga imej untuk perniagaan. Ya, jangan dinilai buku berdasarkan luarannya, tetapi dengan pembungkusan, design, tulisan yang cantik dan kemas mampu meletakkan buku itu lebih tinggi daripada buku yang kurang cantik pembungkusan atau designnya. Mereka yang berpakaian kemas, bersih dan cantik lebih menyakinkan. Personaliti yang kemas, menarik dan bersih secara tidak langsung memberi kesan terhadap diri sendiri, lebih berkeyakinan and of course lebih bersemangat!

Tags: , , ,

Mentor atau Penasihat?

Saya seorang pelajar dan sudah tentulah saya nak berjaya dalam pelajaran dan juga dalam apa-apa bidang/kerja yang saya lakukan. Untuk berjaya sebagai seorang pelajar khususnya, saya perlu banyak membaca, mengkaji, melatih tubi dan banyak “me” yang lain-lain. Dalam banyak-banyak cara untuk berjaya (dapat ilmu), bertanya adalah cara yang paling mudah,murah, cepat dan ringkas untuk mendapatkan ilmu. Cuma cari orang yang betul untuk bertanya. Masalahnya, macamana nak cari orang yang sesuai untuk bertanya soalan tu?

Dalam 1 senario, ada seorang mat rempit yang terfikir “Apa rasanya kalau accident & macamana nak elak accident?” Ada 3 cara untuk mat rempit ni tahu macamana perasaan accident tu.

1- Rasa sendiri macamana perasaan accident tu dengan meng”accident“kan dirinya.

2- Pergi bertanya pendapat mak cik yang selalu tengok orang accident.

3- Pergi bertanya sendiri pada rakan-rakan rempit yang pernah accident.

Dengan 3 cara diatas memang mat rempit itu dapat merasakan perasaan accident sendiri dengan cara pertama. Tapi dia “mungkin” buat “post mortem” dalam ICU. Dengan cara ke-2 dia cuma bertanya pada mak cik (penasihat) yang tak dapat jawab soalan ” Bagaimana nak elak accident?” dengan lebih terpeinci sebab dia tak pernah accident. Dan yang paling berkesan adalah bila dia bertanya pada rakan-rakan rempitnya (mentor) yang di dalam wad HKL. Rasanya boleh tak perasaan accident & cara mengatasi accident disampaikan dengan berkesan?

Belajarlah dengan mentor, kerana mereka memiliki kelebihan pada pengalaman mereka. Belajar dari mereka yang bermula di tempat kita bermula. Sedikit sebanyak kita dapat mengelak kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya kita lakukan. Penasihat hanya mampu mengajar secara teori tanpa hands on experience. Belajarlah dengan mereka yang lebih berpengalaman dan pakar dalam bidang- bidang mereka.

Tags: , , ,

Panduan Menjana $$$$ di eBay!

Panduan Menjana $$$$ di eBay!
Salam Sejahtera dan Salam Hormat,Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan diharap anda membaca sehingga ke akhir muka surat.

Saya tahu, mungkin selama ini anda hanya mendengar kehebatan mereka menjual produk di eBay kemudiannya meraih keuntungan beribu-ribu ringgit sebulan. Anda juga pasti pernah mendengar mereka ini menjalankan perniagaan internet dari rumah (SOHO) menjual produk tanpa mengenali siapa pelanggan mereka malah mereka juga tidak pula berhenti kerja semata-mata meraih pendapatan lumayan di internet.

Hari ini, saya akan membongkar segala rahsia berserta panduan bagaimana penjual-penjual di eBay meraih pendapatan bermula RM10 sehari yang pertama kemudian meningkat kepada RM300 sehari. Anda juga akan ketahui bagaimana pendapatan mereka ini mencecah lebih RM5,000 sebulan dengan hanya menjual barangan yang mungkin tidak masuk diakal fikiran.


BENAR!

Apa yang saya akan kongsikan ini wajar dipraktikkan dan selepas ini anda lihat bagaimana ledakan wang masuk ke dalam akaun anda.

Sebelum anda pergi kepada teknik memperolehi pendapatan mencecah RM30,000 sebulan atau RM1,000 sehari…

Amat penting untuk anda ketahui adalah walaupun tanpa sebarang pengetahuan teknikal komputer, tiada kemahiran berbahasa inggeris dan tiada asas perniagaan internet, sesiapa juga layak untuk memulakan berbisnes di eBay dengan modal yang kecil. Sekecil 20 sen!*

Saya percaya bahawa panduan dan rahsia yang akan dibongkarkan ini bakal membantu anda. Saya sentiasa percaya bahawa barangsiapa yang mengikuti segala panduan di dalam laporan ini pasti akan berjaya. Tetapi, sesiapa sahaja boleh mempercayainya dengan apa yang mereka usahakan, yang memberi perbezaan adalah hasilnya!

Setelah setahun saya mendiamkan diri dari bergiat secara serius di eBay, bulan September lalu saya kembali ‘mencuba nasib’ mengejar kejayaan dan keuntungan. Nampaknya produk pertama saya berjaya terjual dalam masa 7 hari sahaja. Dan ianya berterusan sehingga kini!

Nak tahu?

Klik isini

Tags: ,

Bismillah di Langkah Pertama

Unkul & Unti sahabat yang berkongsi impian untuk memiliki sebuah perniagaan korporat sebelum mereka menjelang umur 25 tahun. Mereka ingin memulakannya dengan berniaga secara kecil-kecilan secara online. Mereka mulakan dengan membeli ebook-ebook mengenai perniagaan secara online, membaca maklumat-maklumat mengenai pembangunan web, bertanya kepada mereka yang berpengalaman. Setelah 6 purnama menuntut ilmu, Unti terus mengajak Unkul untuk membeli domain name dan hosting sebagai langkah pertama, tapi Unkul tolak dengan alasan “Belum cukup ilmu la..”. Unti pun buat la semuanya seorang diri, beli domain, hosting, buat coding, dan lain-lain lagi. Tup..tup..2 tahun berlalu dan Unkul masih belum berhasil mengaut keuntungan, sedangkan Unti yang bersama-sama mula belajar dengan Unkul sudah mengaut untung beratus USD sebulan.

Rumusan:

Mulakan langkah kita, berfikir panjang, jangan berfikiran cetek. Berfikir panjang “Bagaimana kita boleh mengawal risiko” lebih baik daripada berfikiran cetek “Bagaimana kita boleh mendapat perniagaan/pelaburan tanpa risiko”. Sebelum kita boleh berlari dan melompat, kita mulakan dengan beberapa langkah pertama dengan bertatih. Idea beribu pun tak berguna kalau pelaksanaannya tiada. Setiap impian hanya mimpi tanpa perancangan dan setiap perancangan hanya omong kosong tanpa pelaksanaan.Apa lagi?Ayuh kita mulakan langkah pertama!!!

Tags: , ,

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.