Saya seorang pelajar dan sudah tentulah saya nak berjaya dalam pelajaran dan juga dalam apa-apa bidang/kerja yang saya lakukan. Untuk berjaya sebagai seorang pelajar khususnya, saya perlu banyak membaca, mengkaji, melatih tubi dan banyak “me” yang lain-lain. Dalam banyak-banyak cara untuk berjaya (dapat ilmu), bertanya adalah cara yang paling mudah,murah, cepat dan ringkas untuk mendapatkan ilmu. Cuma cari orang yang betul untuk bertanya. Masalahnya, macamana nak cari orang yang sesuai untuk bertanya soalan tu?
Dalam 1 senario, ada seorang mat rempit yang terfikir “Apa rasanya kalau accident & macamana nak elak accident?” Ada 3 cara untuk mat rempit ni tahu macamana perasaan accident tu.
1- Rasa sendiri macamana perasaan accident tu dengan meng”accident“kan dirinya.
2- Pergi bertanya pendapat mak cik yang selalu tengok orang accident.
3- Pergi bertanya sendiri pada rakan-rakan rempit yang pernah accident.
Dengan 3 cara diatas memang mat rempit itu dapat merasakan perasaan accident sendiri dengan cara pertama. Tapi dia “mungkin” buat “post mortem” dalam ICU. Dengan cara ke-2 dia cuma bertanya pada mak cik (penasihat) yang tak dapat jawab soalan ” Bagaimana nak elak accident?” dengan lebih terpeinci sebab dia tak pernah accident. Dan yang paling berkesan adalah bila dia bertanya pada rakan-rakan rempitnya (mentor) yang di dalam wad HKL. Rasanya boleh tak perasaan accident & cara mengatasi accident disampaikan dengan berkesan?
Belajarlah dengan mentor, kerana mereka memiliki kelebihan pada pengalaman mereka. Belajar dari mereka yang bermula di tempat kita bermula. Sedikit sebanyak kita dapat mengelak kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya kita lakukan. Penasihat hanya mampu mengajar secara teori tanpa hands on experience. Belajarlah dengan mereka yang lebih berpengalaman dan pakar dalam bidang- bidang mereka.
Tags: Belajar, bertanya, mentor, penasihat





By insan biasa on Apr 2, 2009
btul tu.. keep on good work!