Adik ke- 3 saya, Abdul Baari, baru sahaja mendapat keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan keputusan yang agak membanggakan (jayyid jiddan). Alhamdulillah dan tahniah kepada beliau yang kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah insyallah. Kebetulan, pelajar- pelajar Sijil Pelajaran Malaysia juga mendapat keputusan peperiksaan dan mungkin sekarang sedang memilih institusi pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Antara perkara yang berbangkit dalam melanjutkan pelajaran ini selalunya:
- IPTA vs. IPTS
- Jurusan apa yang baik?
IPTA vs. IPTS
Nak belajar di IPTA atau IPTS? Terletak pada diri si pelajar itu sendiri, dia yang nak belajar. Tentukanlah sendiri, apa tujuan belajar? Untuk kerja? Hasilnya dah graduate nanti dapat la kerja. Nak cari awek untuk buat bini? Hasilnya tak habis belajar habis belajar nanti dapat la bini. Demi ilmu kerana Allah Taala? Alhamdulillah…dengan minat yang mendalam dan hati yang ikhlas kerana- Nya. Confirm! 4 flat setiap semester
“Lecturer di IPTA lebih berpengalaman dan berpengetahuan”, ye ke? Dulu saya pun ingat macam itu, tapi bila dah “rasa” sendiri baru tahu “pengalaman” dan “pengetahuan” yang mendalam itu. Semua terletak pada diri kita sendiri, lecturer tak nak mengajar? Kita masih kena ambil exam, untuk pastikan kita dapat A+ nak tak nak, belajarlah sendiri. Lecturer dapat juga gaji mereka, cuma tak tahu la halal atau haram hukumnya gaji yang dia dapat. Facilities, kalau nak IPTS yang complete facilities, yuran IPTS itu pun selalunya complete.
Competition, semua pelajar bersaing antara satu sama lain tak kira samada pelajar IPTA atau IPTS the best man wins. So, make sure you are the best man who will win the competition!
Nak ambil jurusan/course apa ye?
Utamakan apa yang anda minat kerana anda lah pelajar yang akan mengulangkaji, menyelesaikan assingment, dimarahi lecturer etc. Jangan nanti salahkan orang lain sebab kita “terambil” jurusan tersebut. Tapi janganlah jadi “bodoh sombong” sampai mengabaikan nasihat orang yang lebih berpengalaman dari kita (ibubapa, guru, saudara mara). Jangan fikirkan tentang duit, jangan belajar untuk bekerja, jangan fikir tentang berbaloi atau tidak course itu dan ini, setiap sesuatu itu ada nilainya yang tidak boleh di cari pada yang lain, belajarlah untuk pengalaman dan enjoy the process. Apa yang saya pegang, belajar apa yang kita minat, kerana minat kita adalah cash cow yang memberi $$$ kepada kita. Belajar la selagi masih bernyawa
p/s: Anda pelajar?Bekas pelajar?Sudilah berkongsi pendapat anda?thanx! ![]()






By ahib0205 on Mar 28, 2008
belajar sbb:
-nk keje
-abah n mak suruh
-nk harumkan nama mak n abah
-boring sbb tak tau nk wat apa
-WAJIB
-dll
ikut korang la niat apa utk belajar tp sy betul2 nak nasihatkan kpd adik2 atau sesiapa yg nk sambung belajar tp kompius nk ambik kos apa supaya:
-pilih jurusan yg anda betul2 minat. buat la research atau tanya kpd sesiapa dulu
Plz… jgn amik jurusan yg korang tak minat tp dgn niat nk mencuba! Sbb menyesal dh tak guna… Ala bak kata juraij mcm dlm post tu… korang jugak yang nk belajar!
By ahib0205 on Apr 14, 2008
busy ye shbt?
By adham on May 2, 2008
salam shbt.. bgus bangat entrinya.. aku suka sbb jujur.. xyah bunga2.. truskan ngeblog bro! Utk Islam kern Allah Taala..
By juraij on May 2, 2008
isyallah..akan ku terus kan ap yg baik
thanx utk semangat yg diberi!