Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
Unidentified TarantulaMorph?Cephalotus FollicularisDionaea

Viewing Archive for May, 2008

Kemana Perginya Duit Anda?

Daripada sejumlah gaji atau duit poket yang didapati setiap bulan, tahukah anda kemana perginya duit anda? Daripada sejumlah RM500, RM2000, RM3000 berapa banyakkah yang masih wujud dalam jumlah asset? Apabila saya mengatakan asset ianya mestilah sesuatu yang memasukkan duit kedalam poket anda. Ada segelintir diantara kita yang menganggap belian seperti handphone, notebook, atau kenderaan seperti motor dan kereta yang digunakan sendiri hatta rumah yang diduduki adalah asset mereka. Sekiranya anda berfirkiran sedemikian maka sedarlah anda didalam mimpi yang fana :P. Handphone, notebook, kenderaan yang digunakan jika dijual adalah lebih murah daripada harga pasaran dan ini bermaksud ianya merugikan anda, dan ini bukan ciri-ciri asset kerana ia mengeluarkan duit daripada poket anda. Sekiranya anda mengatakan rumah yang diduduki adalah asset anda, ianya tidak memberi sebarang pulangan kepada anda dan anda perlu mengeluarkan duit daripada poket anda untuk bayaran installment dan lain-lain lagi.

Cadangan saya kepada rakan-rakan sekalian agar kita menyimpan satu buku rekod dan membuat goal setting untuk investment. Goal setting untuk investment mestilah menggunakan konsep S.M.A.R.T.(Specific, Measureable, Attainable, Relevance, and Time Bounded). Konsep S.M.A.R.T ini boleh juga digunakan untuk goal setting yang lain. Contoh goal setting investment yang baik:

Untuk melabur didalam pelaburan DALI 3 CIMB-Wealth Advisor sebanyak RM10000 sebelum 31 Disember 2008.

ataupun

Untuk memiliki pelaburan didalam:

  • ASB RM2000
  • Kijang Emas RM2000
  • Stock Exchange RM5000

Sebelum 31 Disember 2008

Kepentingan goal setting:

Goal setting memberikan kita petunjuk dalaman ataupun goal-striving mechanism yang membuatkan kita secara auto bertindak mengikut goal yang telah ditetapkan. Hala tuju yang nyata dan jelas amat penting dalam menentukan kejayaan kita didalam sesuatu bidang/perkara dan juga hidup. Ingat!Goal setting ini mesti ditulis dan bukan hanya dibaca. Bayangkan dan percayakan diri anda sendiri. Anda mampu mengubahnya!

Tags: ,

Marilah Berhutang

Ah…sudah…Tadi cakap jangan berhutang, ni ajak berhutang pula. Tak tetap pendirian betul! Jangan salah tafsir, memang saya tak galakkan anda berhutang kalau hutang yang tu membuatkan kita lebih susah daripada keadaan yang sekarang ini. Menggunakan wang yang di pinjam untuk perbelanjaan yang tak sepatutnya memang boleh membuatkan kita lebih muflis. Bagi pelajar yang meminjam PTPTN misalnya, sudah siap dengan wishlist bagi pinjaman seterusnya. Orang lain buat budget sebelum pergi shopping untuk limitedkan perbelanjaan tapi dia buat list untuk berbelanja dan selalunya lebih daripada jumlah yang dipinjam. Akhir sekali..habuk pun tarak!

Pinjaman atau belian secara kredit sangat-sangat membantu pembangunan ekonomi dan taraf hidup kita. Cuba bayangkan kalau kita nak beli kereta atau rumah ataupun nak buat projek-projek mega tak boleh nak berhutang? Siapa yang mampu beli kereta atau rumah? Pembangunan apa yang boleh di lakukan? Semua nak kena cash, tak boleh berhutang. Hampir 99% jutawan kaya dengan menggunakan duit orang lain.

Adalah lebih baik jika wang yang dipinjam itu digunakan untuk melakukan perniagaan sambilan ataupun sekurang-kurangnya melakukan asset allocation untuk keperluan di kemudian hari. Bagi saya hutang terbahagi kepada 2 kategori iaitu hutang yang “baik” dan hutang yang “jahanam”. Hutang baik ialah hutang yang mampu dibayar oleh kita dan memberi manfaat kembali kepada kita. Misalnya penggunaan kad kredit untuk membeli stok bahan masakan untuk di jual di pasar malam, katakan kita berbelanja RM300 untuk membeli bahan-bahan masakan dan mendapat keuntungan bersih RM100 setelah ditolak hutang menggunakan kad kredit serta kadar komisen yang dikenakan. Sistem saham juga menggunakan konsep yang hampir sama dengan berhutang, syarikat menggunakan duit pemegang saham untuk menjalankan perniagaan dan kemudian memberikan sedikit “cenderahati” kerana mengizinkan syarikat menggunakan duit mereka(ini dikatakan berkongsi untung bersama).

Hutang yang jahanam sebaliknya menysahkan kita dengan menggali kubur untuk diri kita sendiri. Penggunaan kredit kad yang berlebihan serta tindakan berfikir selepas beli membuatkan hutang kita bertambah dalam dan dalam. Akhir kalam jauhilah hutang yang membawa musibah dan gunakanlah wang anda dengan lebih berhemah. You can make a difference!

Tags: ,

Belajar Untuk Bayar Hutang

Agak sibuk dengan demam peperiksaan untuk 2- 3 minggu lepas di tambah pula dengan internet connection yg di block menyebabkan saya tidak dapat online. Maaf dan jutaan terima kasih atas kesudian anda melawat blog biasa yang jarang di update ini :) .

Sekarang ni senang betul nak berhutang, tak payah nak kerja dah boleh berhutang. Beribu-ribu pula tu. Orang dolu-dolu sampai jual tanah, rumah, barang kemas nak bagi anak-anak belajar sampai universiti. Bagi yang cemerlang boleh dapat biasiswa. Tak pun, satu kampung ramai-ramai collect duit sponsor bagi ada anak kampung tu dapat belajar tinggi-tinggi. Habis belajar nanti boleh tolong orang kampung pula.

Tapi sekarang ni dah tak payah risau lagi, tinggal nak belajar atau tak nak je. Duit boleh HUTANG, “No worry! kami bukan along, kami mau tolong!” Habis belajar nanti cari la kerja dan bayar la balik hutang tu…hasilnya sekarang pelajar yang bila ditanya kemana pergi duit HUTANG RM2000- RM3000+++ yang dapat awal semester hari tu? Jawapannya “Belanja habis sudah…kerja nanti gua bayar la!Apa susah?” Tapi masalahnya Mat Jenin oi, siapa nak bagi kau kerja kalau kau tak ada kualiti? Ada ke yang nak bagi kau kerja lepas belajar nanti? Berapa pointer kau sekarang ni? Sama banyak dengan jumlah hutang kau tak?

Kesan daripada berhutang waktu belajar ini lah yang membuatkan mahasiswa-mahasiswa zaman sekarang ini tak kenal erti susah. Ada duit = handphone baru, belanja awek, kasut baru, baju baru sampai tak muat dah nak letak dalam wardrobe. Lagi best tak dapat duit HUTANG lagi dah rancang nak HABISkan macamana. Ini yang dikatakan FUTURE PLANNING! Duit HUTANG semester depan ak nak beli ini..itu..belanja kat sini..situ..

Dan kesan yang seterusnya adalah masyarakat yang berfikir untuk mencari job security instead of financial security. Faham tak? Ok. As example, kita selalu dengar orang nasihat lepasan SPM untuk tidak mengambil jurusan IT atas alasan sudah ramai dalam bidang itu.

Bagi lelaki ambil la jurusan kejururawatan sebab sekarang ni ramai jururawat lelaki diperlukan

Nak jaminan duit ke nak jaminan kerja?Dah tak tau apa fokus utama untuk belajar lagi. Belajar bagi dapat kerja then bayar hutang dan tambah hutang.

IMHO, kepada pihak kerajaan yang sangat-sangat pemurah,penyanyang lagi prihatin dan juga kepada PTPTN yang banyak “membantu” para pelajar dengan corak pemikiran baru…

Permudahkan lah kehidupan para mahasiswa, janganlah dicipta satu masyarakat yang suka berhutang. Buruk akibatnya, berikanlah insentif bagi pelajar-pelajar yang yang layak(diskaun 70% bagi 3.50 keatas). Ini dapat menyelesaikan masalah pembayaran hutang PTPTN dan menambah kualiti para pelajar kerana ingin mendapatkan diskaun 70%, secara tidak langsung menaikkan nama IPT Malaysia di mata donia! Singkirkanlah kos pentadbiran 3% setahun atas baki berkurangan itu, sudahlah nak bayar pun di charge.Mana niat “membantu”?

Tags: , ,

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.