Daripada sejumlah gaji atau duit poket yang didapati setiap bulan, tahukah anda kemana perginya duit anda? Daripada sejumlah RM500, RM2000, RM3000 berapa banyakkah yang masih wujud dalam jumlah asset? Apabila saya mengatakan asset ianya mestilah sesuatu yang memasukkan duit kedalam poket anda. Ada segelintir diantara kita yang menganggap belian seperti handphone, notebook, atau kenderaan seperti motor dan kereta yang digunakan sendiri hatta rumah yang diduduki adalah asset mereka. Sekiranya anda berfirkiran sedemikian maka sedarlah anda didalam mimpi yang fana
. Handphone, notebook, kenderaan yang digunakan jika dijual adalah lebih murah daripada harga pasaran dan ini bermaksud ianya merugikan anda, dan ini bukan ciri-ciri asset kerana ia mengeluarkan duit daripada poket anda. Sekiranya anda mengatakan rumah yang diduduki adalah asset anda, ianya tidak memberi sebarang pulangan kepada anda dan anda perlu mengeluarkan duit daripada poket anda untuk bayaran installment dan lain-lain lagi.
Cadangan saya kepada rakan-rakan sekalian agar kita menyimpan satu buku rekod dan membuat goal setting untuk investment. Goal setting untuk investment mestilah menggunakan konsep S.M.A.R.T.(Specific, Measureable, Attainable, Relevance, and Time Bounded). Konsep S.M.A.R.T ini boleh juga digunakan untuk goal setting yang lain. Contoh goal setting investment yang baik:
Untuk melabur didalam pelaburan DALI 3 CIMB-Wealth Advisor sebanyak RM10000 sebelum 31 Disember 2008.
ataupun
Untuk memiliki pelaburan didalam:
- ASB RM2000
- Kijang Emas RM2000
- Stock Exchange RM5000
Sebelum 31 Disember 2008
Kepentingan goal setting:
Goal setting memberikan kita petunjuk dalaman ataupun goal-striving mechanism yang membuatkan kita secara auto bertindak mengikut goal yang telah ditetapkan. Hala tuju yang nyata dan jelas amat penting dalam menentukan kejayaan kita didalam sesuatu bidang/perkara dan juga hidup. Ingat!Goal setting ini mesti ditulis dan bukan hanya dibaca. Bayangkan dan percayakan diri anda sendiri. Anda mampu mengubahnya!
Tags: asset management, goal setting




