Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
Pterinocilus LugardiPedelingBrachypelma VagansHaplopelma Albostriatum

Viewing Archive for June, 2008

Kisah Seorang Penyanyi Dan Seorang Ustaz Di Negara Islam Hadhari

Aku seorang ustaz, 6 tahun ku disekolah rendah disebelah pagi, dan diwaktu petang ketika teman sebaya ku merancang untuk berseronok ke mana aku ke sekolah rendah agama pula. Kemudian ku meneruskan pembelajaran ku ke sekolah agama menengah selama 5 tahun. Di ajar matapelajaran yang sama seperti sekolah menengah kebangsaan yang lain dengan penambahan matapelajaran agama untuk SPM dan juga STAM di tingkatan 4. Ku hafal surah, ku hafal tafsir, hadith, sirah agar kukuh pegangan aqidah ku serta mampu ku menjadi khalifah-Nya yang ikhlas. Tamat sekolah menengah ku teruskan jihad ku ke bumi anbiya’- Mesir, di institut pengajian termasyhur Al-Azhar. 4 tahun ku mentelaah kitab-kitab, mendalami dan memahami peninggalan Rasul ku Al-Quran & Al-Hadith. Demi ALLAH! Tidak aku lakukan ini kerana nama & harta, tidak aku lakukan ini demi syurga yang tidak tentu bagi ku, tidak ku lakukan ini demi pahala yang tidak layak bagi ku, tidak ku lakukan ini melainkan hanya kerana MU YA ALLAH!!! Setelah tamat aku menyambung pengajian ku ke peringkat Sarjana di Jordan agar aku dapat memantapkan lagi ilmu didada, untuk ku penuhi tuntutan dan dahaga ilmu ku. Menjangkau angka 5 lamanya ku mengunakan umur ku untuk Sarjana ini, HANYA UNTUK MU YA ALLAH!!!

Tidak berguna menjadi pokok yang rimbun tanpa buahnya, lantas ku pulang ke tanah tumpah darah ku, Malaysia untuk mencurah bakti kepada anak bangsa. Ya tuhan, permudahkan segala urusan ku. Setelah pulang, ku dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah agama di syarikat-syarikat besar. Di jemput membacakan doa di majlis-majlis rasmi. Pulangannya? Sekitar RM ratusan ringgit cukup untuk ku membayar wang pinjaman bulanan kereta Proton Wira kesayangan ku. Mungkinkah kanak-kanak yang hanya mengikut orang tuanya dan masyarakat sekelilingnya menanamkan keinginan untuk menjadi seperti aku? Ketika masyarakatnya memandang penyanyi lebih dari seorang ustaz? Dalam keadaan ibu dan bapanya menggalakkan kerja yang lebih mewah? Agar lebih ramai da’ie untuk menentang barua-barua syaitan laknatullah, mampukah Islam Hadhari merealisasikannya sedangkan pemimpinnya bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrim? Pemimpin yang masih belum mampu memimpin keluarganya sendiri, pemimpin yang masih belum masuk kedalam Islam secara keseluruhannya.Ini kah contohnya?

Inikah jalannya?

Aku seorang penyanyi, pendidikan ku hanya sehingga tingkatan 5. Itu pun cukup-cukup makan sahaja keputusan SPM ku. Tamat tingkatan 5 aku sering menjadi penyanyi di kelab-kelab malam, majlis perkahwinan dan dimana sahaja aku dijemput. Aku pun tak tahu betul ke sedap suara aku ni, diaorang cakap sedap, aku nyalak je la. Kemudian aku menyertai pertandingan Akademi Fantasia dengan fantasi agar aku menjadi idola masyarakat. Dengan limpah kurnia-Nya yang menginginkan kemenangan ku. Aku berjaya memenangi tempat pertama, lantas di tawarkan menjadi artis rakaman dengan bayaran berpuluh ribu. Belum cukup itu, setiap show yang aku hadiri bernilai ribuan ringgit hanya untuk beberapa lagu. Hebat bukan? Tak perlu aku mentelaah buku-buku atau kitab-kitab dan menghabiskan umur ku dengan mereka yang tak tahu erti kehidupan yang sebenar. Yang terlampau memikirkan masa depan yang masih belum pasti…Kini, ramai anak muda yang menjadikan ku sebagai idola mereka. Aku memiliki rumah yang besar dan mewah, BMW 5 Series antara di dalam koleksi kereta ku, dan bermacam lagi kemewahan dan kesenangan yang ku kecapi bergelar artis ini.

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.