Sebarkan Kebaikan

Bagitau orang. Ini stock photo.

Bagitau orang. Ini stock photo.

Ada satu teknik promosi dalam internet marketing yang dipanggil viral marketing dan buzz marketing.

Konsepnya adalah membuatkan sesuatu perkara (isu/produk/jenama/event) dikongsikan oleh ramai pengguna internet.

Secara tidak langsung perkongsian-perkongsian ini akan menghasilkan “trend” yang akan meningkatkan populariti & word-of-mouth (WOM) tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi dengan kuasa media sosial hari ini yang memudahkan orang ramai untuk berkongsi. Lagi powerful!

Kongsikan kebaikan yang dilakukan.
Pengaruhi orang lain. Jadikan diri qudwah.
Semoga menjadi asbab kebaikan kepada orang lain.

Ikhlas? Itu isu niat empunya diri & Allah.
Kalau tiba-tiba rasa lari niat, betulkan balik.
Tetapkan pendirian.

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah: Ayat 271)

Baca quran? Kongsi tadabbur atau terjemahan ayat.
Solat jemaah? Kongsi lokasi.
Berusrah? Kongsi dapatan liqa’.

Kalau orang clubbing berbangga berkongsi gambar dan lokasi club yang dikunjungi.

Kenapa tidak kita berbangga solat subuh berjemaah dimasjid?

Kongsi. Kongsi. Kongsi.

Dah share wajibat amal hari ni?