Belajar Untuk Bayar Hutang

Agak sibuk dengan demam peperiksaan untuk 2- 3 minggu lepas di tambah pula dengan internet connection yg di block menyebabkan saya tidak dapat online. Maaf dan jutaan terima kasih atas kesudian anda melawat blog biasa yang jarang di update ini 🙂 .

Sekarang ni senang betul nak berhutang, tak payah nak kerja dah boleh berhutang. Beribu-ribu pula tu. Orang dolu-dolu sampai jual tanah, rumah, barang kemas nak bagi anak-anak belajar sampai universiti. Bagi yang cemerlang boleh dapat biasiswa. Tak pun, satu kampung ramai-ramai collect duit sponsor bagi ada anak kampung tu dapat belajar tinggi-tinggi. Habis belajar nanti boleh tolong orang kampung pula.

Tapi sekarang ni dah tak payah risau lagi, tinggal nak belajar atau tak nak je. Duit boleh HUTANG, “No worry! kami bukan along, kami mau tolong!” Habis belajar nanti cari la kerja dan bayar la balik hutang tu…hasilnya sekarang pelajar yang bila ditanya kemana pergi duit HUTANG RM2000- RM3000+++ yang dapat awal semester hari tu? Jawapannya “Belanja habis sudah…kerja nanti gua bayar la!Apa susah?” Tapi masalahnya Mat Jenin oi, siapa nak bagi kau kerja kalau kau tak ada kualiti? Ada ke yang nak bagi kau kerja lepas belajar nanti? Berapa pointer kau sekarang ni? Sama banyak dengan jumlah hutang kau tak?

Kesan daripada berhutang waktu belajar ini lah yang membuatkan mahasiswa-mahasiswa zaman sekarang ini tak kenal erti susah. Ada duit = handphone baru, belanja awek, kasut baru, baju baru sampai tak muat dah nak letak dalam wardrobe. Lagi best tak dapat duit HUTANG lagi dah rancang nak HABISkan macamana. Ini yang dikatakan FUTURE PLANNING! Duit HUTANG semester depan ak nak beli ini..itu..belanja kat sini..situ..

Dan kesan yang seterusnya adalah masyarakat yang berfikir untuk mencari job security instead of financial security. Faham tak? Ok. As example, kita selalu dengar orang nasihat lepasan SPM untuk tidak mengambil jurusan IT atas alasan sudah ramai dalam bidang itu.

Bagi lelaki ambil la jurusan kejururawatan sebab sekarang ni ramai jururawat lelaki diperlukan

Nak jaminan duit ke nak jaminan kerja?Dah tak tau apa fokus utama untuk belajar lagi. Belajar bagi dapat kerja then bayar hutang dan tambah hutang.

IMHO, kepada pihak kerajaan yang sangat-sangat pemurah,penyanyang lagi prihatin dan juga kepada PTPTN yang banyak “membantu” para pelajar dengan corak pemikiran baru…

Permudahkan lah kehidupan para mahasiswa, janganlah dicipta satu masyarakat yang suka berhutang. Buruk akibatnya, berikanlah insentif bagi pelajar-pelajar yang yang layak(diskaun 70% bagi 3.50 keatas). Ini dapat menyelesaikan masalah pembayaran hutang PTPTN dan menambah kualiti para pelajar kerana ingin mendapatkan diskaun 70%, secara tidak langsung menaikkan nama IPT Malaysia di mata donia! Singkirkanlah kos pentadbiran 3% setahun atas baki berkurangan itu, sudahlah nak bayar pun di charge.Mana niat “membantu”?