Hobi: Aset atau Liabiliti?

Brachypelma Auratum

Manfaat Hobi

Hobi terbukti bermanfaat untuk setiap orang. Selain terbukti dapat mengurangkan tekanan dengan menggalakkan eustress (tekanan yang positif), hobi memberi kita peluang untuk berehat, mencari cabaran baru, menyemai perkenalan dan baik untuk hubungan sosial.

Banyak artikel kajian yang menceritakan kaitan diantara penglibatan dalam aktiviti yang menyeronokkan seperti hobi dan minat memberi kesan positif terhadap tekanan darah, jumlah cortisol (sejenis hormon stress), ukur lilit pinggang, dan indeks jisim badan. Hobi juga membina kedudukan psikososial yang sangat baik dan mereka yang memiliki hobi adalah orang yang sukar menghidapi sindrom kemurungan. Asasnya, hobi bermanfaat untuk badan dan minda kita.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(A-li’Imraan 3:14)

Hobi Yang Zalim

Namun, kegagalan kita untuk mengawal “nafsu” hobi mungkin akan membuatkan kita tertekan dari faktor-faktor lain. Sindrom yang juga dikenali sebagai “GILA (nama hobi)“. Contohnya, gila memancing, gila snooker, gila burung, gila kereta dan lain-lain lagi. Antara faktor utama adalah hilang pertimbangan pada keutamaan yang membuatkan hobbyist bertukar menjadi seorang yang membazir, mula mengabaikan keluarga dan leka melayan minatnya. Seterusnya menzalimi orang sekeliling.

Aset atau Liabiliti?

Kenalpasti hobi anda dan status hobi tersebut.

Adakah hobi anda sesuatu yang memberi pulangan wang ke dalam poket anda (aset) atau sekadar mengeluarkan wang dari poket anda (liabiliti)?

Jika liabiliti, bagaimana anda boleh menukarnya menjadi aset?

Kongsikan!