Hidup Kaya Mati Muflis

Kering Lagi Mengeringkan

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tahukah kamu siapa orang yang muflis?” Para sahabat menjawab, “Orang yang muflis bagi kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta”. Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku ialah orang yang datang di hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Maka jika kebajikan sebelum terbayar tanggungan kezaliman maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya)  dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka”.

Mungkin kita dah biasa dengar hadis ini.
Pelbagai isu hangat sekarang membuatkan hadis ini semakin relevan untuk mengingatkan diri sendiri.

Walaupun ibadah tak henti.
Solat sunat rawatib tak tinggal.
Puasa sunat isnin khamis tanpa gagal.
ODOJ berjaya setiap hari.

Kita mungkin muflis di SANA nanti.

Sebab mengutuk pemimpin politik lawan.
“Menganjing” kesilapan dan keburukan.
Mengata sesuatu yang belum tentu.
Menghukum tanpa penilaian yang jitu.

Jangan nanti Ah Jib Gor datang tuntut pahala solat.
Abg Nuar pula minta pahala zakat.
Raja Bomoh khurafat bertaubat ambil yang puasa.
Sampai kita terpaksa tanggung dosa.

Science of decision. Berkata baik atau diam.

‘Ibrah Khutbah Jumaat
14 Mac 2014|12 Jamadilawal 1435
Masjid Darul Ibadah
Behor Pulai, Kangar, Perlis.