5 Sebab Mengapa Hobi

Hoya multiflora

Soalan favourite bila disarankan untuk berniaga.

“Nak berniaga apa bro?”

“Apa yang sesuai untuk berniaga sekarang ni?”

Selalunya saya akan jawab dengan soalan balas “Hobi kau apa?”

KENAPA HOBI?

1. Menyeronokkan

Kita semestinya seronok bila buat aktiviti yang berkaitan dengan hobi kita. Orang yang suka tangkap gambar sanggup luang masa untuk baca tip-tip fotografi. Sanggup bersengkang mata tengok video tutorial Photoshop kat Youtube. Sedia untuk menghadam jargon dan technical terms yang mana masa belajar jargon dan terms dalam kelas kat uni pun macam nak pecah kepala untuk faham.

2. Kepakaran dan Pengetahuan

Maka tersebutlah hikayat, barangsiapa yang masih belum cukup memahami hobi yang diceburinya maka belum cukuplah minatnya terhadap hobi tersebut. Minat seseorang pada hobinya akan memerlukan komitmen dan masanya untuk mendalami minatnya dengan baik. Justeru, dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang/industri hobi, idea perniagaan boleh bercambah dan kita lebih mengenali pasaran sasaran (target market). Hobi juga memberi kelebihan untuk kita mengenalpasti pasaran niche yang belum dipenuhi. Megan Duckett, pemilik perniagaan menjahit kostum dan prop acara seperti konsert dan teater- Sew What?. Hasil jualan tahunan Sew What? sahaja mencecah USD6.2 juta pada 2011. What a hobby business!

3. Motivasi Untuk Bertahan

Perniagaan takkan lari dari cabaran turun dan naik. Dengan memilih hobi untuk sebagai perniagaan, seseorang akan lebih bermotivasi untuk bertahan bila berdepan dengan cabaran-cabaran dan masalah-masalah perniagaan. Tambahan pula, keseronokkan hobi boleh meredakan keresahan. Peniaga nurseri bunga yang bermula kerana hobi masih seronok menjaga pokok bunganya walaupun tiada pelanggan yang datang membeli.

4. Modal Sedia Ada

Peminat alat permainan muzik sebagai contoh, boleh menggunakan alat muzik yang telah dimiliki sebagai modal untuk memulakan perniagaan. Ada gitar? Cuba rakam lagu cover Sepohon Kayu kat Youtube atau Facebook, mana tahu jadi next-top religious singer.

5. Pool Pelanggan Sedia Ada

Untuk sesuatu hobi bertahan, perlu wujud satu critical masses yang berkongsi minat yang sama. Sebagai manusia, kita tak dapat lari dari bersosial, lebih-lebih lagi dalam konteks hobi. Terlalu pelik sehingga tiada yang dapat berkongsi minat yang sama akan dilihat sebagai . Penubuhan kelab-kelab peminat sukan kenderaan bermotor antara bukti kesan sosial hobi. Sesama peminat sukan bermotor ini ada yang memanfaatkan hubungan perkenalan/persahabatan mereka dengan menyediakan perniagaan yang bersesuaian seperti jual beli alat ganti, pakaian, merchandise, dan perkhidmatan membaiki dan penyelenggaraan.

Bagaimanapun, memilih hobi untuk dijadikan perniagaan yang mampu menjadi aset kepada diri dan keluarga memerlukan penilaian yang menyeluruh agar tidak “syok sendiri”. Pelbagai risiko yang perlu dinilai dan dicari penyelesaian sebelum mula berniaga.

Ada lagi sebab lain? Ke alasan lain?