6 Pengajaran Perniagaan Dari Hubungan Lim Goh Tong & Bapa Mertua / Atuk PMs

 

Post ni cuma nak highlight business insights yang ada pada LGT supaya kita dapat belajar. Hasil dari bacaan ringan artikel bertajuk Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting.

LGT

1. Bina dan guna network

LGT guna hubungan beliau dengan Tokwan PM untuk mencapai matlamat peribadi dan perniagaan beliau. Beliau dengan segera membina hubungan dengan taikun-taikun (orang yang dikenali hebat dalam perniagaan, bukan peniaga biasa) kasino luar negara bila ‘nampak’ peluang buka kasino.

2. Sentiasa highlight ‘apa yang kau dapat’

Daripada cakap tentang apa yang dia akan dapat, LGT menekankan manfaat yang orang lain boleh dapat dengan membantu dia dapat apa yang dia nak. Dalam usaha mendapatkan tanah dari Kerajaan, beliau highlight kelebihan yang akan Kerajaan dan rakyat tempatan akan dapat. So ingat, kalau nak nego atau tawar menawar harga nanti, sentiasa highlight apa yang pihak (buyer/seller) tersebut akan dapat.

3. Jangan pentingkan diri

Seorang ahli perniagaan akan fikirkan perkara yang bermanfaat untuk semua orang yang boleh bagi manfaat kepada dia. haa…macamana tu?

4. Kerja pantas, keputusan pantas (fast action, fast result)

LGT boleh siapkan kertas kerja dalam seminggu untuk dapatkan kelulusan cadangan ‘pusat pelancongan’ beliau. Submit kertas permohonan lesen kasino hari yang sama dia tiba di Malaysia dari Macau. Dapat je kelulusan lesen kasino terus telegraf kat bakal rakan JV di Macau.

5. Peluang perlu direbut, bukan dinanti

Bila TAR sebut “akan mempertimbang untuk membenarkan menjalankan aktiviti kasino” ketika ucapan perasmian Hotel. LGT macam tak tahu pun maksud perkataan “mempertimbang”. Dia buat persediaan untuk dapatkan lesen kasino macam dia tahu yang dia dah dapat lesen ‘L’ dah.

6. Tahu kepentingan kuasa wewenang (bargaining power)

Bila Stanley Ho, pemilik kasino tunggal di Macau, layan LGT hangat-hangat tahi ayam LGT tahu yang dia cuma ‘cakap kosong’. Ye la kan, setakat lesen ‘L’ apa barang? Jadi LGT balik Malaysia dan dapatkan lesen BESAR terus! Pastu baru boleh kerek.