3 CONTOH PEMBAZIRAN SEPARA SEDAR YANG RAMAI TAK SEDAR

Ramai merungut duit tak cukup, gaji sedikit, kos sara hidup tinggi melangit.

membazir
Tapi nak kata gaji sedikit tak cukup, kenapa Bangladeshi dan Indonesian yang kerja dengan gaji lagi sikit boleh survive dan thrive? Siap boleh beli hartanah dan jadi jutawan lagi.

Kenapa kita tak “murah rezeki”?

  • Mungkin antara punca Allah tak kurniakan kekayaan dan kemewahan yang melampau pada kita adalah berpunca dari sikap kita sendiri, membazir.
  • Bila makan, tak habiskan.
  • Bila senduk nasi, walaupun cukup satu dua senduk, kita bantai tiga empat senduk.
  • Ambil lauk macam tak makan setahun.
  • Pergi beli barang runcit, ambil melebihi keperluan, kemudian tak guna habis pun.
  • Nampak barang murah, walaupun tak ada plan untuk beli, sebat juga.
  • Barang yang dibeli akhirnya expired dan tak sempat guna.
  • Beli buku tak baca. Kononya murah, beli dulu, baca kemudian.
  • Beli thumbdrive 32GB walaupun 8GB lebih dari cukup.

Bila fikir balik, macam mana Allah nak bagi kekayaan yang lebih lagi kalau dengan kekayaan yang sedia ada sekarang pun dah membuatkan kita jadi saudara syaitan? Bagi lagi banyak nanti, lagi rapat pula kita dengan syaitan. Contoh mudah;
Bagi pendapatan RM5000 sebulan kita membazir nasi ayam, cuma dengan alasan “tak sedap”.

Bagi pendapatan RM2. 6 billion sebulan nanti macam mana? Membazir wagyu steak kat Me’nate pula?

Belum cerita lagi yang membazir dengan merokok, vape, aksesori kereta/ pakaian/ big-boys-toys dan lain-lain benda yang dibeli hanya untuk memenuhi tuntutan nafsu kita untuk berlagak, ego fulfilment, tarik perhatian dan CAPUB.

So, masih lagi tertanya-tanya kenapa tak murah rezeki?

Pembaziran Separa Sedar

Tajuk ini merujuk kepada pembaziran yang sering kita ‘halalkan’ kononnya dengan alasan ‘pembaziran yang baik’ atau ‘insyaAllah tak akan membazir’. Tiga situasi yang mudah yang kebanyakan dari kita mudah terjerumus dalam pembaziran jenis ini adalah;

1. Jualan buku murah

Kita pergi pesta buku murah-murah yang sebenarnya jual buku yang kita tak berminat pun nak beli kalau buku tersebut dijual pada harga sebenarnya. Buku dibeli sebab murah, bukan sebab isi kandungan buku tersebut relevan dengan kita (terimalah fakta, kita cuma perlu baca apa yang penting sahaja). Makanya kita berhabis beratus ringgit shopping buku yang entah bila kita akan baca. Tapi tak apa kan? Sebab buku, buku kan untuk ilmu, bukannya mainan kanak-kanak… pppffftttt!

2. Beli gajet

Thumbdrive 4GB yang dah berkurun digunakan hilang, jadi perlukan yang baru untuk simpan file kerja yang kebanyakannya adalah document Microsoft Office dan PDF. Tengok di kedai harga yang 16 GB hampir sama dengan harga waktu beli 4GB yang lama, tapi terliur juga tengok yang 32GB sebab beza harga cuma dalam RM10. Akhirnya beli yang 32Gb walaupun 8GB dah lebih daripada cukup.

Lagi satu, beli external hardisk dengan kapasiti sebesar mungkin untuk simpan movies yang di download, dah tengok, dan tak tahu pula bila lagi nak tengok. Tapi simpan je la sebab nanti kalau orang tanya atau minta kita boleh berlagak bagitahu kita ada kan?

3. Ubat kurus/ Cantik

Nak kurus, nak cantik, tapi tak nak berusaha untuk buat apa yang perlu dibuat untuk kurus dan cantik seperti kawal pemakanan dan bersenam. Untuk mudah dan hasil ekspress, belilah produk-produk kecantikan dan berat badan yang mana kebanyakan akan cakap benda yang sama juga, “Makan produk ni kena jaga makan dan banyakkan minum air masak”. Terimalah satu lagi hakikat, tanpa diet terkawal serta senaman yang teratur. Semua duit yang dibelanjakan tersebut ibarat mencurah air ke daun keladi.

Lebih teruk kalau niat nak kurus dan cantik tersebut bersifat keduniaan atau materialistik yang hanya akan memuaskan nafsu sendiri sahaja. Sebab itulah kebanyakannya short-lived, nak kurus/tough untuk majlis nikah, lepas nikah gemuk tak apa. Apa hal yob?!

Sedara Syaithooon is a BIG thing!

Sebagai seorang Muslim, amatlah rugi jika kita tidak pernah tahu ada ayat berikut berkenaan pembaziran/ boros;

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudarasaudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (Al-Israa’ 17:27)

Boleh jadi sebab kita dah biasa dengar maksud ayat ni kita jadi numb dengan mesej sebenar ayat ni – saudara syaitan. Jadi saudara syaitan ni bukan benda kecil bang, bayangkan macam mana rapatnya kita dengan saudara mara kita? Bayangkan betapa kita kasih pada saudara mara kita? Bayangkan pula macam mana kita bila tahu saudara kita dalam kesusahan?

Sekarang bayangkan kita berpeluk salam dengan syaitan. Amacam?

Ketahuilah, bermula dengan membazir kita jadi saudara syaitan kemudian kita akan kukuhkan persaudaraan dengan saling bantu membantu pula.

Sedang saudara (pengikut) Syaitansyaitan, dibantu oleh Syaitansyaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu). (Al-A’raaf 7:202)

Untuk disimpulkan, sikap membazir adalah salah satu ciri yang boleh kita gunakan untuk kenal pasti adakah kita dah terjatuh dalam kategori bersaudara dengan syaitan. Tak perlu join black metal minum darah kambing semua. Cuma membazir je, dah boleh declare brotherhood dengan syaitan.

 

Apa lagi pembaziran separa sedar yang korang sedar?