Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
T.XerographicaSpanish MossNOID Till. Ionatha "?"NOID Till. "?"

Marilah Berhutang

Ah…sudah…Tadi cakap jangan berhutang, ni ajak berhutang pula. Tak tetap pendirian betul! Jangan salah tafsir, memang saya tak galakkan anda berhutang kalau hutang yang tu membuatkan kita lebih susah daripada keadaan yang sekarang ini. Menggunakan wang yang di pinjam untuk perbelanjaan yang tak sepatutnya memang boleh membuatkan kita lebih muflis. Bagi pelajar yang meminjam PTPTN misalnya, sudah siap dengan wishlist bagi pinjaman seterusnya. Orang lain buat budget sebelum pergi shopping untuk limitedkan perbelanjaan tapi dia buat list untuk berbelanja dan selalunya lebih daripada jumlah yang dipinjam. Akhir sekali..habuk pun tarak!

Pinjaman atau belian secara kredit sangat-sangat membantu pembangunan ekonomi dan taraf hidup kita. Cuba bayangkan kalau kita nak beli kereta atau rumah ataupun nak buat projek-projek mega tak boleh nak berhutang? Siapa yang mampu beli kereta atau rumah? Pembangunan apa yang boleh di lakukan? Semua nak kena cash, tak boleh berhutang. Hampir 99% jutawan kaya dengan menggunakan duit orang lain.

Adalah lebih baik jika wang yang dipinjam itu digunakan untuk melakukan perniagaan sambilan ataupun sekurang-kurangnya melakukan asset allocation untuk keperluan di kemudian hari. Bagi saya hutang terbahagi kepada 2 kategori iaitu hutang yang “baik” dan hutang yang “jahanam”. Hutang baik ialah hutang yang mampu dibayar oleh kita dan memberi manfaat kembali kepada kita. Misalnya penggunaan kad kredit untuk membeli stok bahan masakan untuk di jual di pasar malam, katakan kita berbelanja RM300 untuk membeli bahan-bahan masakan dan mendapat keuntungan bersih RM100 setelah ditolak hutang menggunakan kad kredit serta kadar komisen yang dikenakan. Sistem saham juga menggunakan konsep yang hampir sama dengan berhutang, syarikat menggunakan duit pemegang saham untuk menjalankan perniagaan dan kemudian memberikan sedikit “cenderahati” kerana mengizinkan syarikat menggunakan duit mereka(ini dikatakan berkongsi untung bersama).

Hutang yang jahanam sebaliknya menysahkan kita dengan menggali kubur untuk diri kita sendiri. Penggunaan kredit kad yang berlebihan serta tindakan berfikir selepas beli membuatkan hutang kita bertambah dalam dan dalam. Akhir kalam jauhilah hutang yang membawa musibah dan gunakanlah wang anda dengan lebih berhemah. You can make a difference!

Tags: ,

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.