Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
Unidentified TarantulaMorph?Cephalotus FollicularisDionaea

Belajar Untuk Apa?

Adik ke- 3 saya, Abdul Baari, baru sahaja mendapat keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan keputusan yang agak membanggakan (jayyid jiddan). Alhamdulillah dan tahniah kepada beliau yang kini sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah insyallah. Kebetulan, pelajar- pelajar Sijil Pelajaran Malaysia juga mendapat keputusan peperiksaan dan mungkin sekarang sedang memilih institusi pengajian untuk melanjutkan pelajaran. Antara perkara yang berbangkit dalam melanjutkan pelajaran ini selalunya:

  • IPTA vs. IPTS
  • Jurusan apa yang baik?

IPTA vs. IPTS

Nak belajar di IPTA atau IPTS? Terletak pada diri si pelajar itu sendiri, dia yang nak belajar. Tentukanlah sendiri, apa tujuan belajar? Untuk kerja? Hasilnya dah graduate nanti dapat la kerja. Nak cari awek untuk buat bini? Hasilnya tak habis belajar habis belajar nanti dapat la bini. Demi ilmu kerana Allah Taala? Alhamdulillah…dengan minat yang mendalam dan hati yang ikhlas kerana- Nya. Confirm! 4 flat setiap semester :)Lecturer di IPTA lebih berpengalaman dan berpengetahuan”, ye ke? Dulu saya pun ingat macam itu, tapi bila dah “rasa” sendiri baru tahu “pengalaman” dan “pengetahuan” yang mendalam itu. Semua terletak pada diri kita sendiri, lecturer tak nak mengajar? Kita masih kena ambil exam, untuk pastikan kita dapat A+ nak tak nak, belajarlah sendiri. Lecturer dapat juga gaji mereka, cuma tak tahu la halal atau haram hukumnya gaji yang dia dapat. Facilities, kalau nak IPTS yang complete facilities, yuran IPTS itu pun selalunya complete. :P Competition, semua pelajar bersaing antara satu sama lain tak kira samada pelajar IPTA atau IPTS the best man wins. So, make sure you are the best man who will win the competition!

Nak ambil jurusan/course apa ye?

Utamakan apa yang anda minat kerana anda lah pelajar yang akan mengulangkaji, menyelesaikan assingment, dimarahi lecturer etc. Jangan nanti salahkan orang lain sebab kita “terambil” jurusan tersebut. Tapi janganlah jadi “bodoh sombong” sampai mengabaikan nasihat orang yang lebih berpengalaman dari kita (ibubapa, guru, saudara mara). Jangan fikirkan tentang duit, jangan belajar untuk bekerja, jangan fikir tentang berbaloi atau tidak course itu dan ini, setiap sesuatu itu ada nilainya yang tidak boleh di cari pada yang lain, belajarlah untuk pengalaman dan enjoy the process. Apa yang saya pegang, belajar apa yang kita minat, kerana minat kita adalah cash cow yang memberi $$$ kepada kita. Belajar la selagi masih bernyawa :)

p/s: Anda pelajar?Bekas pelajar?Sudilah berkongsi pendapat anda?thanx! :)

Tags: , , ,

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.