Salam, He is Juraij. A 2* year old son of Abd Rani is a dream achiever, nature lover, and enthusiats at everything he is doing. He such a poseur that he write this for himself. He got a lot weaknesses. So please!!!He beg you to help him to become a better son, brother, friend, person and student. Thanks for reading :) Read more..
Unidentified TarantulaMorph?Cephalotus FollicularisDionaea

Bismillah di Langkah Pertama

Unkul & Unti sahabat yang berkongsi impian untuk memiliki sebuah perniagaan korporat sebelum mereka menjelang umur 25 tahun. Mereka ingin memulakannya dengan berniaga secara kecil-kecilan secara online. Mereka mulakan dengan membeli ebook-ebook mengenai perniagaan secara online, membaca maklumat-maklumat mengenai pembangunan web, bertanya kepada mereka yang berpengalaman. Setelah 6 purnama menuntut ilmu, Unti terus mengajak Unkul untuk membeli domain name dan hosting sebagai langkah pertama, tapi Unkul tolak dengan alasan “Belum cukup ilmu la..”. Unti pun buat la semuanya seorang diri, beli domain, hosting, buat coding, dan lain-lain lagi. Tup..tup..2 tahun berlalu dan Unkul masih belum berhasil mengaut keuntungan, sedangkan Unti yang bersama-sama mula belajar dengan Unkul sudah mengaut untung beratus USD sebulan.

Rumusan:

Mulakan langkah kita, berfikir panjang, jangan berfikiran cetek. Berfikir panjang “Bagaimana kita boleh mengawal risiko” lebih baik daripada berfikiran cetek “Bagaimana kita boleh mendapat perniagaan/pelaburan tanpa risiko”. Sebelum kita boleh berlari dan melompat, kita mulakan dengan beberapa langkah pertama dengan bertatih. Idea beribu pun tak berguna kalau pelaksanaannya tiada. Setiap impian hanya mimpi tanpa perancangan dan setiap perancangan hanya omong kosong tanpa pelaksanaan.Apa lagi?Ayuh kita mulakan langkah pertama!!!

Tags: , ,

Copyright © 2008 - juraij.com
Theme by nEUtrOniCs and brought by Wordpress Themes.