Betul ke? Jangan judge apa-apa sahaja berdasarkan luarannya? Ya, memang betul jangan lihat sesuatu itu berdasarkan sifat luarannya sahaja. Tapi berapa ramai daripada kita yang mampu melihat semua secara “mendalam”? Kalau kita pergi tanya pada remaja-remaja punk, skinhead, atau mereka yang seangkatan tentang cara pemakaian mereka jawapan sebegini pasti di terima “Janganlah nak nilaikan kami berdasarkan luaran kami! Kenal kami, baru tahu siapa kami”.
Memang lumrah manusia untuk menilai sesuatu berdasarkan luaran. Its give us first impression, menjadi kebiasaan kita untuk mengenali orang lain berdasarkan luaran (pakaian, bau, cara berjalan). Jika seorang CEO di sebuah public listed company berpakaian selekeh seperti pengemis, sudah tentulah kepercayaan kita untuk melabur di company itu terbantut. “Boleh percaya ke dia ni?” mesti terlintas di kepala kita yang waras kan?kan?
Begitulah pentingnya imej diri dan begitu pentingnya juga imej untuk perniagaan. Ya, jangan dinilai buku berdasarkan luarannya, tetapi dengan pembungkusan, design, tulisan yang cantik dan kemas mampu meletakkan buku itu lebih tinggi daripada buku yang kurang cantik pembungkusan atau designnya. Mereka yang berpakaian kemas, bersih dan cantik lebih menyakinkan. Personaliti yang kemas, menarik dan bersih secara tidak langsung memberi kesan terhadap diri sendiri, lebih berkeyakinan and of course lebih bersemangat!





